Tuesday, May 20, 2008

Anakku Sarah Nur Sabrina


Assalammualaikum....

Blog ni khas untuk anak-anakku...ayong, adik, danial dan teena...
Anak sulungku bernama sarah nursabrina, dilahirkan pada 4.1.97 berusia 11 tahun...dikalangan keluarga anakku ini dikenali sebagai ayong...banyak kenangan ketika membesarkan ayong...masa dalam pantang ayong pernah tersedak hingga biru...paniknya..nasib baik masa tu ada abah yang cepat menepuk belakang ayong...ayong juga sering kena semput...dan pernah dalam 1 hari hingga tiga kali pegi klinik untuk oksigen...alhamdulillah ayong kini dah sihat...menjaga ayong ibarat menatang minyak yang penuh...ketika ayong tidur malam, suamiku akan sentiasa memastikan tiada nyamuk yang datang menggigit ayong....

Kini ayong dahpun berusia 11 tahun dan ayong aktif dalam bidang sukan renang...selain itu ayong juga aktif aktiviti disekolah....baru-baru ini ayong memenangi 7 pingat gangsa dalam acara renang sukan-sukan sekolah melaka...Aku sentiasa mendoakan semoga ayong sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.....

No comments: