Monday, January 2, 2012

1.1.2012 Kenangan bersama Ayong dan Adik.

Tahun ni tahun kedua sambut new year kat Brussels. Sebenarnya takde planning pun nak keluar jalan-jalan kat Brussels. Tapi balik je dari makan kat Madou rasa macam nak keluar pulak. so mlm tu kitaorang pg krismas market kat St Catherin dan jugak Grand Place. Seronok jalan kat krismas market ade jual macam-macam. Makanan, perhiasan dan juga permainan. Kami makan jagung bakar, sedap dan manis. Ade juga skating tapi sebab hujan ayong ngan adik taknak. Kitaorang naik Eye on Brussels, cantik sekali permandangan di waktu.malan. Lepas tu kami masuk rumah hantu. Seumur hidup tu la pertama kali masuk rumah hantu. Menjerit sakan la..nasib tak ketuk hantu tu dengan kamera. Habis aktiviti kat situ kami pun perhi kr Grand Place utk bergambar. Masa nak balik tu singgah beli pizza utk dinner. Memang penat tp best jalan-jalan..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, November 1, 2011

Anak Brussels

Dah lama tinggalkan blog ni. Bercerita tentang gelagat anak2..Rezeki Allah di bumi Brussels lahir anak kami yang ke lima Seorang puteri yang diberi nama Sarah Nur Arissa yang lahir pada 15.10.2010. Setelah 6 tahun takde baby kini bermula balik rutin menjaga baby. Susah jugak berpantang di negeri orang ni. Nasib baik mr hubby ambik cuti yang panjang untuk tolong jaga. Masa berpantang memang mencabar iman sebab Arissa akan berjaga sepanjang malam. Pukul 6 pg baru dia tidur, mungkin juga sebab sejuk. Tapi itu semua pengalaman seorang ibu. Kini Arissa dah 1 tahun. Tapi masih belum berjalan, arissa juga tak meniarap atau merangkak, asyik berdukung je.. Arissa terus duduk dan mengesot untuk bergerak, memang comel dia.. Sekarang dia dah mula belajar berjalan. Mama doakan moga Arissa jadi anak yang solehah.

Monday, May 11, 2009

Happy mothers day...

Lama dah tak update blog anak-anakku ni...semalam mothers day...so kebetulan mak ade dengan aku dapat la bawa mak jalan-jalan kat klcc...bawa mak makan pizza...so lepas makan anak aku danial sibuk ajak ayah dia beli hadia untukku... aku dapat hadiah daripada danial berupa gelang yang ade tulis love mama...

Thursday, June 5, 2008

Hadiah Hari Ibu

Assalammualaikum....sambutan hari ibu yang lepas anak-anakku telah mneghadiahkan aku sebuah novel dan juga kad yang telah dicipta sendiri oleh ayong...sungguh tersentuh bila membaca coretan ayong...rupanya anakku kini telahpun besar dan pandai menulis...ini adalah coretan anakku ayong sempena hari ibu yang lalu....
To my Very Beautiful Mother in the World.
We wish you A Happy Mother's Day
We Also wish you get whatever you want.
Lastly is we love you so Much...
Here a kiss from us....Muaah...
Poem to my mothers.
Oh Mother,
You are as beautiful as a Ros,
Even the bees will love you,
The butterfly will always come to you,
Your heart is like a honey,
That make the butterfly always come to you,
And the bees will always love you...
written by ayong..
Selesai membaca kad mother's day yang ayong buat membuatkan air mataku mengalir, anakku kini telah besar....Mama always Love